Followers

Friday, 12 July 2013

.Jangan takut untuk berubah.

Assalamualaikum, Bismilillahirahamanirahim.
Selamat berpuasa semua muslimin dan muslimat.
Alhamdulillah, kita terpilih lagi untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini.
Alhamdulillah. Syukran ya Allah.

Ramai daripada kita harini mahu berubah, terutama kaum Hawa.
Alhamdulillah:)
Tetapi, kebanyakan mereka mahu berubah tapi takut.
takut kerana apa sayang?
takut kerana diperli oleh orang-orang sekeliling?
takut diperli oleh kawan-kawan?
Jangan takut wahai sahabatku.
Jangan takut kerana perlian dan cacian oleh orang sekeliling kita.
Jangan takut kerana hinaan dari kawan-kawan kita.
Sabar, wahai sahabatku.
Kita mahu mencari redha Allah, bukan manusia.
Mereka, manusia biasa, sama seperti kita. 
tidak ada kurang dan tidak ada lebihnya.
Kita manusia, sama sahaja dimata Allah
Jangan runsing, jangan risau.

Jangan takut untuk berubah, Allah bersama mu.
Sabar wahai temanku.
Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.
Tanya pada diri kita, sampai bila kita nak hidup dalam keadaan begini?
Hidup dalam keadaan lagha.
Memang ada yang akan memerli dengan perubahan yang kita buat.
Tapi tidak mengapa, kita pesan pada diri kita.Itu ujian yang Allah beri padaku.
Aku perlu bersabar dan senyum.
Itu cara yang terbaik.

Jangan takut untuk berubah, janji Allah itu pasti.
Nak berubah dari mana ya?
Nak bermula perubahan dari mana ya?
Perubahan tidak perlu dilakukan secara drastik.
Takut kita cepat berpaling ke arah silam kita.
Nauzubillah.

Benda yang paling pertama yang perlu kita jaga ialah SOLAT.
Kita jaga dulu solat kita. Pastikan cukup 5 waktu. 
Kalau berkesempatan boleh ditambah dengan solat sunat.
Yang kedua, jaga Al-Quran.
Tanya diri kita, bila last aku buka Quran? Kalau boleh baca dengan berguru.
Yang ketiga, jaga pakaian kita.
Kalau dulu pakai tak cukup kain, pastikan kali ini pakaian kita cukup kain.
Tidak jarang, tidak ketat. Pastikan longgar tidak membentuk tubuh.
Ingatkan diri kita setiap kali nak keluar rumah.
Allah redha tak dengan pakaian aku ini?
Sebaik-baik pakaian, pakaian yang boleh dibawa solat.
InshAllah:)
Yang keempat, jaga hubungan dengan Allah dan manusia.
Jaga hubungan dengan Allah, inshAllah Allah jaga hubungan kamu dengan manusia.
Kita buat dosa dengan Allah, kita bertaubat. Allah maafkan. 
Kita buat dosa dengan manusia, belum tentu manusia itu boleh maafkan kita.
Nauzubillah.
Pentingnya jaga kedua-dua perkara ini.

-Wallahualam- 



No comments: