Bismilahhirahmanirahim dan Assalamualaikum..
alhamdulillah. aku masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ini. terima kasih ya Tuhanku, Allah.
terima kasih atas segala nikmat yang kau berikan.
terima kasih atas kerana pinjamkan nyawa yang satu ini kepada diriku.
terima kasih kerana memberi peluang kepada aku untuk berasa kasih sayang dari kedua-dua orang tuaku.
terima kasih kepada engkau kerana kau masih beri aku kesihatan yang baik.
terima kasih kerana memberi aku peluang untuk berbuat kebaikan lagi di muka bumi ini.
terima kasih kerana memberi ku keluarga yang harmoni dan bahagia ya Allah.
terima kasih atas segalanya ya Allah.
segala pujian hanya untukmu ya Allah.
aku masih bingung memikirkan hal-hal yang akan datang.
bingung apa yang akan terjadi pada hari kelak?
kadang-kadang aku terfikir, aku masih remaja, aku masih muda, aku masih kuat.
tapi kadang-kadang juga aku terfikir...
pada usia aku yang muda ini juga, Allah boleh mengambil nyawaku begitu sahaja.
bukan baru tua, Allah akan mengambil nyawa.
bukan baru sakit Allah akan mengambil nyawa.
Allah boleh mengambil nyawa ketika kita muda.
Allah boleh mengambil nyawa ketika kita sedang sihat.
pernahkah kita terfikir begitu?
tak perlu tanya pada orang lain, tanya saja pada diri kita.
aku cuma ingin meluahkan apa yang aku rasa.
semakin lama, bumi semakin tua.
menunggu Kiamat yang bakal tiba.
tanya pada diri kita,
cukupkah amalan aku ini untuk bawa ke hari Perhimpunan besar itu?
adakah segala amalanku diterima?
untuk diri aku sendiri, aku mengaku bahawa amalan aku tidak cukup lagi untuk bertemu denganmu Allah.
aku tidak rasa semua amalanku diterima Allah.
aku jahil.
aku lemah.
aku hanya hambamu ya Allah.
aku pendosa tanpa noktah.
aku sentiasa melakukan dosa tanpa tahu erti penat.
sebab aku lagha.
sebab aku terlalu sibuk dengan dunia ini. walaupun aku tahu, Dunia ini sementara. Akhirat itu kekal abadi.
adakalanya, aku melakukan apa yang dilarang mu.
aku ingkar..ya Allah.
ampunkan Aku.
Syaitan tidak pernah tahu erti penat dan lelah dalam menyesatkan anak cucu Adam.
sedangkan mereka tahu, Syaitan itu musuh yang nyata bagi mereka.
tapi, mereka masih lakukan apa yang disukai oleh syaitan.
ya Allah, engkau berilah aku kekuatan untuk menempuh segala cabaran dalam kehidupan ini.

No comments:
Post a Comment